Wednesday 18 July 2012

Ciri-ciri tamadun Mesir Purba

                 1. Pusat pentadbiran Firaun :
  • Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
  • Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
  • Di pusat bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

      2. Organisasi Masyarakat


  • Firaun (atas sekali )
  • Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis .
  • Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
  • Hamba (bawah sekali)
3. Sistem Pemerintahan


  • Diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
  • Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
  • Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
  • Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis   rekod kerajaan).
  • Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
  • Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.
4. Pengkhususan Kerja

  • Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
  • Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
  •  Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

5. Konsep Politeisme dalam Agama

  • Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
  • Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

  • 6. Sistem tulisan

  • Tulisan mereka dikenali sebagai hieroglif.
  • Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
  • Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.


      • No comments:

        Post a Comment