Wednesday 18 July 2012

Firaun Hapshepsut


Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung) adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III). Baginda dianggap sebagai permaisuri yang memeirntah yang paling awal dikenali dalam sejarah dan perempuan kedua yang diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.

Pertemuan semula firaun Hatshepsut menjadi kejayaan besar arkeologi mesir yang selama ini mencari mumia firaun Hatshepsut yang mana sejarah kewujudannya cuba dilenyapkan oleh anak tiri, beliau telah memerintah mesir setelah kematian suami dia iaitu abang tiri beliau. Sebelum ini beliau adalah pemangku raja menunggu anak tiri beliau membesar dan amek tampok pemerintahan mesir dari firaun Hatshepsut. Pada usia 22 tahun firaun Hatshepsut mengambil tindakan luar biasa iaitu melantik beliau sebagai firaun mesir. Perkara tersebut adalah luar jangkaan kerna takhta mesir purba selama ni dipegang oleh kaum lelaki. Ini membuktikan beliau setanding dengan firaun-firaun lain.
Firaun Hatshepsut membawa kemakmuran kepada Mesir tetapi selepas 21 tahun memerintah dengan cemerlang, tiba-tiba jasad dan bukti kewujudannya dilenyapkan pihak tertentu seolah-olah sejarahnya hanya dongeng dan beliau tidak pernah wujud di dunia ini.
Firaun Hatshepsut memerintah dari 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi (SM) dan terkenal dalam sejarah kerana menjadi firaun walaupun dirinya seorang wanita. Sepanjang pemerintahannya, bidang seni bina berkembang pesat apabila ratu itu membina ratusan bangunan di hulu dan hilir Mesir.
Satu lagi sikap yang menyebabkan Ratu Hatshepsut dikenang sebagai firaun yang unik dalam sejarah kerana beliau berpakaian sama seperti firaun lelaki termasuk mengenakan janggut palsu.
Tampuk pemerintahan Ratu Hatshepsut berpindah kepada anak lelaki tirinya, Thutmose III pada 1458 SM dan ratu itu menemui ajal secara misteri pada tahun sama.Selepas kematian Hatshepsut, segala bukti kewujudannya dilenyapkan dan penyelidik percaya usaha jahat itu didalangi anak lelaki tirinya yang berdendam dan cemburu dengan kejayaan pemerintahan ratu berkenaan.
Pertemuan mumia Firaun tersebut telah membuktikan kewujupan dia dan membuka mata dunia pengaruh firaun wanita tersebut yg memerintah mesir hingga membawa kejayaan dan kemakmuran kepada penduduk mesir purba.

FAKTA: Firaun Hatshepsut

Selain Hatshepsut, firaun wanita lain adalah Merneith dan Sobekneferu.
Hatshepsut adalah satu-satunya anak kepada firaun Thutmose I dan Ratu Ahmose selepas adik perempuan kandungnya, Neferubity, meninggal dunia ketika bayi. Beliau bagaimanapun memiliki empat saudara lelaki tiri iaitu Wadjmose, Amenose, Thutmose II dan Ramose.Saudara lelaki tirinya, Wadjmose dan Amenose pada mulanya dipilih untuk menggantikan takhta bapa mereka tetapi kedua-duanya meninggal dunia sebelum remaja.Hatshepsut bijak bermain politik dan hasil propaganda wanita itu menyebabkan bapanya melantik beliau sebagai pewaris takhta kerajaan.
Hatshepsut mengahwini saudara lelaki tirinya, Thutmose II dan mereka memerintah bersama selama 13 tahun.Perkahwinan dengan Thutmose II menyebabkan mereka memperoleh seorang puteri, Neferure. Hatshepsut memilih Nefurure sebagai pewaris takhta tetapi puterinya itu turut meninggal dunia.Thutmose II turut berkahwin dengan Isis dan memperoleh seorang putera, Thutmose III.
Thutmose II meninggal dunia meninggalkan Thutmose III sebagai satu-satunya zuriatnya tetapi putera itu tidak dilantik sebagai pewaris takhta kerana masih muda tambahan pula lelaki itu anak kepada isteri kedua Thutmose II. Keadaan itu menyebabkan Hatshepsut terus memerintah sebagai firaun.Selepas 21 tahun memerintah Mesir, Hatshepsut meninggal dunia dan tempatnya diambil Thutmose III.

No comments:

Post a Comment